Kisah Cinta

Aku hanyalah aku. Aku bukan ingin mewarwakan kisahku pada khalayak tapi tujuanku pada catatan ini cuma satu. Andai suatu ketika nanti jiwaku dan ingatanku mati pada diri ini, aku tidak mahu anugerah terindah ini terus lenyap dari jiwa ingatanku. Aku mahu ianya kekal selamanya. Perasaan ini terlalu indah buatku, demi allah bicaraku hanyalah luahan dari sebahagian diriku. Andai bicaraku membuat sebahagian merasa bosan dan rimas, ku mohon maaf.

Monday, 11 November 2013

Janji

Aku ingin melangkah pergi tapi aku terus dijerut dengan bayangan kamu dan janji kamu faizal rasid
Aku tunggu kamu tunaikan janjimu kerana kasih untuk selamanya


Friday, 1 November 2013

Masa Dan Cinta ini

Assalamualaikum, diari cinta..

Masa itu kian bergerak seperti juga usia. Namun yang tidak diketahui apakah takdir juga telah berubah. Kau pergi namun kau kembali seolah-olah segalanya tiada apa yang berlaku namun kau diam kembali. Apa mahu mu, sengaja membuka luka semalam?

Tahukah kau cinta, setiap saat apa saja yang aku lakukan segalanya pasti berkaitan dengan kamu. Nama mu, negerimu.. segala tentang mu terus menghantuiku.. kuat sungguh ingatan dan memoriku tentang kamu.

Pernah aku berdoa pada yang esa agar ingatan ini terus hilang agar cinta dan riandu yang kian mendalam ini lenyap begitu saja..

Allah ya rabb, permudahkanlah daku ya ilahi. Damaikanlah  hati ini.,

Faizal, kamu tak jawap soalan saya tapi tiba-tiba selepas itu kamu msj seolah-olah segalanya biasa-biasa aje. Sayang, mengapa dikau belum mengerti. Ini bukan lah suatu permainan ataupun lawak jenaka.. pertanyaanku itu adaqlah suatu yang menentukan segalanya.

Demi allah, tidak pernah sekalipun diri bertanya begitu pada mana-mana lelaki. Itu adalah pertanyaan dari hatiku, mana mungkin aku akan membuat suatu permainan yang melukakan hatiku sendiri cinta.

Masihku tertera di kotak msj tlifon itu pada suatu petang saat itu aku sendiri. Ya sat itu, jiwa ini sedang menangis kerana apa kerana aku sendiri tak mengerti mahu mu apa cinta.

Namun akhirnya, aku memulakan sekali lagi dan memberanikan diri meskipun ini suatu yang sangat memalukan aku . Meluah rasa cinta di mula dari seorang wanita dan wanita itu adalah aku. 

............................................................................................
saya nak tanya awak suatu. Terakhir, laps ni tak dah.. janji yea tolong jawap dengan ikhlas, saya tak kisah apa pun jawapannya saya akan terima

apa dia, saya janji...lps ni tak dah.. tak faham maksubnya

Tak ada tempat kea untuk saya jadi sebahagian dalam hidup awk, maksub saya menjadi isteri awak yang sah... 

senyap... xde balsan. 20 minit awk diam.

Akhirnya aku mengalah. Yea, aku mengalah... dan apa yang mampu aku perbuat saat menanti balasan darimu hanya esakan tangis yang menyakitkan jiwa dan mengelapkan duniaku. Allah saja yang tahu saat tu, awak.. saya harap sangat awak balas. Saya nak tahu apa jawapannya... namun hampa, awak biarkan saya buat keputusan sendiri dari pertanyaan saya sendiri.

Tak lama lepas tu, msj sekian kalinya ku hantar.

Awak, tak payah jawaplah... saya faham dan tahu jawapannya. Awak gunalah pemberian saya sebaik mungkin. Insyaallah, ia akan dapat membantu walaupun ianya tak semahal yang lain pernah awk terima.

Cinta! sungguhpun ku tahu jiwa ku tak utuh , sungguhpun ku tahu diriku tak sempurna dan punya kekurangan. Namun perasaan ini bukanlah suatu pembohongan. Aku ingin menjadi suri hidupmu, bersama-sama bertatih mencari redhanya kerna ku tahu dirimu mampu menjadi pemimpinku dan imam buatku.