Aku tunggu kamu tunaikan janjimu kerana kasih untuk selamanya
Kisah Cinta Si Pena
Kisah Cinta
Aku hanyalah aku. Aku bukan ingin mewarwakan kisahku pada khalayak tapi tujuanku pada catatan ini cuma satu. Andai suatu ketika nanti jiwaku dan ingatanku mati pada diri ini, aku tidak mahu anugerah terindah ini terus lenyap dari jiwa ingatanku. Aku mahu ianya kekal selamanya. Perasaan ini terlalu indah buatku, demi allah bicaraku hanyalah luahan dari sebahagian diriku. Andai bicaraku membuat sebahagian merasa bosan dan rimas, ku mohon maaf.
Monday, 11 November 2013
Janji
Aku ingin melangkah pergi tapi aku terus dijerut dengan bayangan kamu dan janji kamu faizal rasid
Friday, 1 November 2013
Masa Dan Cinta ini
Assalamualaikum, diari cinta..
![]() |
Masa itu kian bergerak seperti juga usia. Namun yang tidak diketahui apakah takdir juga telah berubah. Kau pergi namun kau kembali seolah-olah segalanya tiada apa yang berlaku namun kau diam kembali. Apa mahu mu, sengaja membuka luka semalam?
Tahukah kau cinta, setiap saat apa saja yang aku lakukan segalanya pasti berkaitan dengan kamu. Nama mu, negerimu.. segala tentang mu terus menghantuiku.. kuat sungguh ingatan dan memoriku tentang kamu.
Pernah aku berdoa pada yang esa agar ingatan ini terus hilang agar cinta dan riandu yang kian mendalam ini lenyap begitu saja..
Allah ya rabb, permudahkanlah daku ya ilahi. Damaikanlah hati ini.,
Faizal, kamu tak jawap soalan saya tapi tiba-tiba selepas itu kamu msj seolah-olah segalanya biasa-biasa aje. Sayang, mengapa dikau belum mengerti. Ini bukan lah suatu permainan ataupun lawak jenaka.. pertanyaanku itu adaqlah suatu yang menentukan segalanya.
Demi allah, tidak pernah sekalipun diri bertanya begitu pada mana-mana lelaki. Itu adalah pertanyaan dari hatiku, mana mungkin aku akan membuat suatu permainan yang melukakan hatiku sendiri cinta.
Masihku tertera di kotak msj tlifon itu pada suatu petang saat itu aku sendiri. Ya sat itu, jiwa ini sedang menangis kerana apa kerana aku sendiri tak mengerti mahu mu apa cinta.
Namun akhirnya, aku memulakan sekali lagi dan memberanikan diri meskipun ini suatu yang sangat memalukan aku . Meluah rasa cinta di mula dari seorang wanita dan wanita itu adalah aku.
............................................................................................
saya nak tanya awak suatu. Terakhir, laps ni tak dah.. janji yea tolong jawap dengan ikhlas, saya tak kisah apa pun jawapannya saya akan terima
apa dia, saya janji...lps ni tak dah.. tak faham maksubnya
Tak ada tempat kea untuk saya jadi sebahagian dalam hidup awk, maksub saya menjadi isteri awak yang sah...
senyap... xde balsan. 20 minit awk diam.
Akhirnya aku mengalah. Yea, aku mengalah... dan apa yang mampu aku perbuat saat menanti balasan darimu hanya esakan tangis yang menyakitkan jiwa dan mengelapkan duniaku. Allah saja yang tahu saat tu, awak.. saya harap sangat awak balas. Saya nak tahu apa jawapannya... namun hampa, awak biarkan saya buat keputusan sendiri dari pertanyaan saya sendiri.
Tak lama lepas tu, msj sekian kalinya ku hantar.
Awak, tak payah jawaplah... saya faham dan tahu jawapannya. Awak gunalah pemberian saya sebaik mungkin. Insyaallah, ia akan dapat membantu walaupun ianya tak semahal yang lain pernah awk terima.
Cinta! sungguhpun ku tahu jiwa ku tak utuh , sungguhpun ku tahu diriku tak sempurna dan punya kekurangan. Namun perasaan ini bukanlah suatu pembohongan. Aku ingin menjadi suri hidupmu, bersama-sama bertatih mencari redhanya kerna ku tahu dirimu mampu menjadi pemimpinku dan imam buatku.
Monday, 21 October 2013
Takdir Itu
Cinta... kau hadir dikala aku redha akan kehilanganmu, disaat jiwaku mulai bangkit dari saat yang getir. Dikau datang kembali setelah hampir dua bulan lamanya kau bertegas untuk mengakhiri semua kisah kita. Aku tak kuat cinta, apa yang kau mahu sebenarnya. Aku tak ingin lagi menyandarkan sebarang harapan walau sebesar apa pun.
Sebenarnya apa masalah yang awak hadapi sebenarnya.. kemelut apa yang melanda. Saya tak boleh rapat dengan awak lagi, janji saya dan permintaan adik awak agar x saya menganggu awak lagi mana mungkin saya abaikan. Saya tak la seteruk yang kalian sangka kan, Aku masih punya perasaan malu dan harga diri. Meskipun bicara dan perjanjian itu hanya pada kotak sms tapi ia tetap juga mengambarkan yang adik awak dah tak suka saya.
Saya tak sangka perkongsian kisah kita dan saat yang menyedihkan jiwa itu akhirnya memberikan kata putus dari adik awak. Memang saya kecik hati dengan awak tapi bicara adik lebih menguriskan jiwa saya.
Siapa mampu berdiri gagah pabila diminta agar tak mengganggu awak lagi kerana awak sudah sepatutnya pikir hal berumah tangga,dan saya masih seorang student. Sempai bila awak mesti tunggu saya. Jangan ganggu abang saya dan jangan sms sy lagi...
Masih ingat yang saya katakan pada awak dulu. Saya bukan hanya ingin menjadi bahagian dalam kehidupan awak tapi juga keluarga awak. Saya tak ingin miliki awak tapi saya turut sama miliki kebencian ahli keluarga awak. Mungkin silap saya kerana terlalu mudah menyangka yang saya mampu menjadi teman baik adik awak juga, berkongsi masalah dikala bersama awak. Mungkin juga saya tak la sehebat wanita lain yang jauh lebih cantik dan hebat berbanding saya.
Walau apa pun saya hanya mampu katakan jauh di sudut hati saya masih sayangkan awak dan masih mengharapkan awaklah imam dan bahagian hidup saya yang sah meskipun semua itu mustahil pada peluang ketiga.
Saya tahu peluang itu mustahil sebab seperti yang saya katakan, peluang itu adalah anugerah dari allah, paling istimewa dan mustahil dimiliki kecuali pada takdir yang telah menentukan segalanya.
Sebenarnya apa masalah yang awak hadapi sebenarnya.. kemelut apa yang melanda. Saya tak boleh rapat dengan awak lagi, janji saya dan permintaan adik awak agar x saya menganggu awak lagi mana mungkin saya abaikan. Saya tak la seteruk yang kalian sangka kan, Aku masih punya perasaan malu dan harga diri. Meskipun bicara dan perjanjian itu hanya pada kotak sms tapi ia tetap juga mengambarkan yang adik awak dah tak suka saya.
Saya tak sangka perkongsian kisah kita dan saat yang menyedihkan jiwa itu akhirnya memberikan kata putus dari adik awak. Memang saya kecik hati dengan awak tapi bicara adik lebih menguriskan jiwa saya.
Siapa mampu berdiri gagah pabila diminta agar tak mengganggu awak lagi kerana awak sudah sepatutnya pikir hal berumah tangga,dan saya masih seorang student. Sempai bila awak mesti tunggu saya. Jangan ganggu abang saya dan jangan sms sy lagi...
Masih ingat yang saya katakan pada awak dulu. Saya bukan hanya ingin menjadi bahagian dalam kehidupan awak tapi juga keluarga awak. Saya tak ingin miliki awak tapi saya turut sama miliki kebencian ahli keluarga awak. Mungkin silap saya kerana terlalu mudah menyangka yang saya mampu menjadi teman baik adik awak juga, berkongsi masalah dikala bersama awak. Mungkin juga saya tak la sehebat wanita lain yang jauh lebih cantik dan hebat berbanding saya.
Walau apa pun saya hanya mampu katakan jauh di sudut hati saya masih sayangkan awak dan masih mengharapkan awaklah imam dan bahagian hidup saya yang sah meskipun semua itu mustahil pada peluang ketiga.
Saya tahu peluang itu mustahil sebab seperti yang saya katakan, peluang itu adalah anugerah dari allah, paling istimewa dan mustahil dimiliki kecuali pada takdir yang telah menentukan segalanya.
Sunday, 13 October 2013
Bantulah daku tuhanku
Allah huakbar.... kenapa sukar benar untukku melupakannya. Masih terlalu sukar untukku bangkit. Bekali-kali aku cuba tapi tetap saja gagal. Disaat aku mulai redha akan keadaan ini tiba-tiba saja ingatan terhadapmu kembali. Kadangkala aku benar-benar berharap apabila ku bangun dari tidur ingatan padamu telah lupus. Sakit cinta itu memang menyesakkan dada yea.
untuk apalah khabarmu ku terima, ya allah bantulah hamba menjauh dariny agar dia bahagia. Tak sanggup aku mendengar khbar andai dia menikahi wanita lain.
Wednesday, 9 October 2013
Aku dan Waktu
Aku akan menduduki ujian akhir bagi sem 3 tak lama lagi,bukan mudah untuk bangkit bukan juga mudah untuk melupakan kenangan. Sabang hari, sabang waktu aku teringatkan kamu namun aku tak biarkan jiwaku terus dihimpit kenangan yang tak sudah. Aku tahu, aku perlu berlari seiring dengan dunia yang kian merencah ke arah kemajuan. Aku tak nafikan cinta itu buta! aku juga tak nafikan jiwa itu siksa bila terkena luka cinta. Namun aku sedari mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Aku redha kerna ku tahu andai jodoh itu milik kita berdua pasti suatu masa nanti kita kan bertemu lagi dan pada saat itu ku benar-benar berharap agar kamu seorang insan yang berbeza bahkan sangat indah untuk dibangga.
Aku? aku tak mampu merancanakan terlalu tinggi khuatir jatuh terhempap ke bumi namun yang pasti aku akan belajar bertatih bangkit kembali. Aku ingin menjadi seorang insan yang di nyatakan pada dunia bahawa "tiada yang lebih indah di dunia daripada wanita solehah". Aku ingin meraih cintamu ya ilahi, jika saat ini hambamu yang satu ini ditentukan agar beralih dahulu dari cinta manusiawi hamba redha.
Ya allah, ku pasti dan nyata bahawa setiap kejadian dan peristiwa yang terjadi itu pasti punya hikmahnya yang tersendiri. Aku hambamu ini sedang bertatih mencari redhamu, rahmatmu, lindunganmu, kasihmu, petunjukmu dan cinta yang benar darimu. Terimalah cintaku ya ilahi, amin.
Apa yang pasti aku sedang bertatih mengejar cinta ilahi kerna hanya yang satu ini takkan menolak cintaku yang bergelar hamba. Pada sang kekasih aku bukan pergi menjauh darimu namun aku pergi mencari kekuatan untuk ku buktikan yang akulah insan yang ciptaan ilahi yang indah. Ku doakan dikau juga mendapat rahmat dan hidayahnya sentiasa, amin.

Cinta! meskipun dikau yang memutuskan untuk mengundurkan diri namun ku tahu hatimu ikhlas buatku, ku benar-benar menginginkan menjadi bahagian dari hidupmu yang sah. Ku doakan dikau selamat sentiasa kasih.
Saturday, 5 October 2013
Pelakon Di Pentas Cinta
where were you when i needed you? you said you always be there. Wherte were you while i cried?you said you always dry my tears. Where were you when the water ran red?you said you always you love me anyway...
Kadangkala aku mengharapkan agar suatu hari kita kan bertemu kembali, dan di saat itu dikau datang menunaikan janjimu. Apalah lagi keinginan ku wahai kekasih selain menjadi sebahagian hidupmu yang sah. Masihku ingat pada bicaramu pabila ulang tahun kelahiranmu. Meskipun kita jauh tapi kasih yang terjalin tiada apa yang mampu menghalangnya. Namun, akhirnya diriku terpaksa akur pada masa kerna seperti bicaramu.. masa telah mengubah segalanya.
Ingatkah lagi dirimu wahai kekasih, disaat malam mulai ke hujung waktu. 12 malam itu menjadi saksi pada bicara kita.
Selamat ulang tahun yang ke 27 sayang. Semoga dikau bahagia selalu, dimakbulkan segala permintaanmu, dipanjangkan usia, dirahmati selalu dan tak lupa ku doakan agar hubungan kita kekal hingga ke hujung usia pada ikatan yang sah.
Semua itu telah pun berlalu,yea berlalu. 24/7/2013 telah pun berlalu namun semua itu masih segar di ingatanku. Bukanku tidak redha tapi seperti bicara akhir kita...
Aku bertanya pada cinta buat yang terakhir kalinya. "Saya nak tanya pada awak untuk sekian kalinya, apakah awak ikhlas dengan saya?"
" Saya ikhlas sukakan awak tapi awak.. masa telah mengubah segalanya. Mungkin satu hari awak akan jumpa seseorang yang lebih baik dari saya".
Sayang! Aku ingin mengkhabarkan pada kamu satu hal. Ianya ikhlas dari jiwaku saat ini, pada petah-petah kata yang tertulis pada saat ini. Aku juga ikhlas sukakan kamu, aku juga ikhlas mengalirkan air mataku saat ini. Aku juga ikhlas menerimamu seadanya. Aku ikhlas mahu menjadi isterimu. Namun, usahlah dikau menyalahkan takdir dan masa kerana mengubah segalanya.
Pada hakikat yang sebenar, manusia yang mengubah segalanya bukan masa. Ku mohon dan ku merayu wahai kasih bersyukurlah atas pemberian kasih sucinya. Jarak yang terbina ini bukanlah satu pemisah namun pembina ukhwah yang diredhai allah. Kita bertemu dan bercinta tanpa bertentang mata. Segalanya atas dasar percaya. Pertemuan pada kali pertama di dunia realiti pula bersaksikan saudara kandungku dan sahabat ikhlas mu. Perhubungan kita tanpa paksaan dimulakan dengan pandang pertama. Itu semua takdir wahai kasih. Usah lah dikau bebankan jiwamu denga rasa bersalah padaku, meskipun segalanya kian pudar di makan masa yang berganti namun diriku di sini akan terus menanti pada doa dan harapan.
Aku minta maaf, kerna aku sukar melupakan mu. Aku tidak akan sesekali mengganggu hidupmu. Ya ilahi, ku doa.. ku mohon ya ilahi jika masa ini yang menjadi punca perpisahan ini dengan izinmu dan takdirmu yang telah pun terlakar, ku mohon dan berdoa agar masa ini juga yang akan menemukan daku dan menyatukan kami semula pada ijab dan kabul.
Namun wahai kekasih, jika saat ini telah pun mengubahkan hatimu dan rasa yang ada pada jiwamu. Ku mohon dan ku berdoa agar dikau akan terus dilindungi ya ilahi. Ku berharap dan ku sudi menerima sedikit kesakitan itu... andai jiwamu merasai bahana penyakit dunia. Meski pun demikian terlakar, aku sudi menerima kekuranganmu ya kekasih. Demi allah, aku ikhlas kasihkan kamu. Kerana dari awal perkenalan kita, aku tahu engkau mampu menjadi pemimpin anak dan isterimu suatu ketika nanti. Aku tahu dikau tidak sama seperti ceraian cermin yang terhempas pada bahagian keluarga. Kerana aku tahu jauh di sudut hatimu, masih punya seketul darah yakni hati yang punya kesucian... pemberian dari sang kekasih ilahi.
Wahai kekasih, aku merasa cukup bahagia kerana dikau cukup berbeza dengan insan lain yang pernah ku kenali. Aku tidak pasti apakah kepura-puraan yang menjadi penyeri tapi yang pasti dikau tidak pernah sesekali mengambil kesempatan di atas perhubungan ini. Yea! sukar sekali untuk mengambil kesempatan kerna mata terlihat dan dunia berbeza. Namun pada kata-kata dan ungkapan yang terzahir dari kiriman di medan sosial mahupun kecanggihan dunia... tiada satu saat pun kesempatan bertunjangkan nafsu dikau sedarkan.
Alhamdullilah, dikau masih tahu batasnya. Yea, bisa saja segalanya adalah sebaliknya namun yang pasti pada saat hubungan ini tercipta pada pentas lakonannya. Dikau pelakon yang bagus di pentas cinta.
Thursday, 3 October 2013
Maafkan Aku
Hati bukan untuk dicuri tapi untuk di cintai dan mencintai. Yea aku masih terlalu mencintai. Maafkan daku wahai kekasih meskipun semuanya telah berakhir namun aku tetap saja tidak bisa menjauh darimu. Meskipun aku telah pergi dari hidupmu seperti yang diminta tapi setiap hari aku akan melihat kamu dari jauh tapi usahlah dikau khuatir aku tidak akan mengganggu hidupmu.
Aku tidak menyalahkan adikmu kerana meminta aku untuk tidak mengganggu kamu lagi tapi bicaranya cukup menyedarkan aku bahawa aku tak layak untuk kamu. Bicara kamu untuk mengundur diri itu hanyalah satu cara yang paling murni buat kamu tapi bagi aku ianya bagaikan racun yang memusnahkan setiap urat sarafku.
Maafkanlah aku kerana terlanjur cintakan kamu, Faizal Rasid
Subscribe to:
Posts (Atom)