Kisah Cinta

Aku hanyalah aku. Aku bukan ingin mewarwakan kisahku pada khalayak tapi tujuanku pada catatan ini cuma satu. Andai suatu ketika nanti jiwaku dan ingatanku mati pada diri ini, aku tidak mahu anugerah terindah ini terus lenyap dari jiwa ingatanku. Aku mahu ianya kekal selamanya. Perasaan ini terlalu indah buatku, demi allah bicaraku hanyalah luahan dari sebahagian diriku. Andai bicaraku membuat sebahagian merasa bosan dan rimas, ku mohon maaf.

Saturday, 5 October 2013

Pelakon Di Pentas Cinta

where were you when i needed you? you said you always be there. Wherte were you while i cried?you said you always dry my tears. Where were you when the water ran red?you said you always you love me anyway...

Kadangkala aku mengharapkan agar suatu hari kita kan bertemu kembali, dan di saat itu dikau datang menunaikan janjimu. Apalah lagi keinginan ku wahai kekasih selain menjadi sebahagian hidupmu yang sah. Masihku ingat pada bicaramu pabila ulang tahun kelahiranmu. Meskipun kita jauh tapi kasih yang terjalin tiada apa yang mampu menghalangnya. Namun, akhirnya diriku terpaksa akur pada masa kerna seperti bicaramu.. masa telah mengubah segalanya.

Ingatkah lagi dirimu wahai kekasih, disaat malam mulai ke hujung waktu. 12 malam itu menjadi saksi pada bicara kita.

Selamat ulang tahun yang ke 27 sayang. Semoga dikau bahagia selalu, dimakbulkan segala permintaanmu, dipanjangkan usia, dirahmati selalu dan tak lupa ku doakan agar hubungan kita kekal hingga ke hujung usia pada ikatan yang sah.

Semua itu telah pun berlalu,yea berlalu. 24/7/2013 telah pun berlalu namun semua itu masih segar di ingatanku. Bukanku tidak redha tapi seperti bicara akhir kita...

Aku bertanya pada cinta buat yang terakhir kalinya. "Saya nak tanya pada awak untuk sekian kalinya, apakah awak ikhlas dengan saya?"

" Saya ikhlas sukakan awak tapi awak.. masa telah mengubah segalanya. Mungkin satu hari awak akan jumpa seseorang yang lebih baik dari saya".

Sayang! Aku ingin mengkhabarkan pada kamu satu hal. Ianya ikhlas dari jiwaku saat ini, pada petah-petah kata yang tertulis pada saat ini. Aku juga ikhlas sukakan kamu, aku juga ikhlas mengalirkan air mataku saat ini. Aku juga ikhlas menerimamu seadanya. Aku ikhlas mahu menjadi isterimu. Namun, usahlah dikau menyalahkan takdir dan masa kerana mengubah segalanya.

Pada hakikat yang sebenar, manusia yang mengubah segalanya bukan masa. Ku mohon dan ku merayu wahai kasih bersyukurlah atas pemberian kasih sucinya. Jarak yang terbina ini bukanlah satu pemisah namun pembina ukhwah yang diredhai allah. Kita bertemu dan bercinta tanpa bertentang mata. Segalanya atas dasar percaya. Pertemuan pada kali pertama di dunia realiti pula bersaksikan saudara kandungku dan sahabat ikhlas mu. Perhubungan kita tanpa paksaan dimulakan dengan pandang pertama. Itu semua takdir wahai kasih. Usah lah dikau bebankan jiwamu denga rasa bersalah padaku, meskipun segalanya kian pudar di makan masa yang berganti namun diriku di sini akan terus menanti pada doa dan harapan.

Aku minta maaf, kerna aku sukar melupakan mu. Aku tidak akan sesekali mengganggu hidupmu. Ya ilahi, ku doa.. ku mohon ya ilahi jika masa ini yang menjadi punca perpisahan ini dengan izinmu dan takdirmu yang telah pun terlakar, ku mohon dan berdoa agar masa ini juga yang akan menemukan daku dan menyatukan kami semula pada ijab dan kabul.

Namun wahai kekasih, jika saat ini telah pun mengubahkan hatimu dan rasa yang ada pada jiwamu. Ku mohon dan ku berdoa agar dikau akan terus dilindungi ya ilahi. Ku berharap dan ku sudi menerima sedikit kesakitan itu... andai jiwamu merasai bahana penyakit dunia. Meski pun demikian terlakar, aku sudi menerima kekuranganmu ya kekasih. Demi allah, aku ikhlas kasihkan kamu. Kerana dari awal perkenalan kita, aku tahu engkau mampu menjadi pemimpin anak dan isterimu suatu ketika nanti. Aku tahu dikau tidak sama seperti ceraian cermin yang terhempas pada bahagian keluarga. Kerana aku tahu jauh di sudut hatimu, masih punya seketul darah yakni hati yang punya kesucian... pemberian dari sang kekasih ilahi.

Wahai kekasih, aku merasa cukup bahagia kerana dikau cukup berbeza dengan insan lain yang pernah ku kenali. Aku tidak pasti apakah kepura-puraan yang menjadi penyeri tapi yang pasti dikau tidak pernah sesekali mengambil kesempatan di atas perhubungan ini. Yea! sukar sekali untuk mengambil kesempatan kerna mata terlihat dan dunia berbeza. Namun pada kata-kata dan ungkapan yang terzahir dari kiriman di medan sosial mahupun kecanggihan dunia... tiada satu saat pun kesempatan bertunjangkan nafsu dikau sedarkan.

Alhamdullilah, dikau masih tahu batasnya. Yea, bisa saja segalanya adalah sebaliknya namun yang pasti pada saat hubungan ini tercipta pada pentas lakonannya. Dikau pelakon yang bagus di pentas cinta.

No comments:

Post a Comment