Cinta... kau hadir dikala aku redha akan kehilanganmu, disaat jiwaku mulai bangkit dari saat yang getir. Dikau datang kembali setelah hampir dua bulan lamanya kau bertegas untuk mengakhiri semua kisah kita. Aku tak kuat cinta, apa yang kau mahu sebenarnya. Aku tak ingin lagi menyandarkan sebarang harapan walau sebesar apa pun.
Sebenarnya apa masalah yang awak hadapi sebenarnya.. kemelut apa yang melanda. Saya tak boleh rapat dengan awak lagi, janji saya dan permintaan adik awak agar x saya menganggu awak lagi mana mungkin saya abaikan. Saya tak la seteruk yang kalian sangka kan, Aku masih punya perasaan malu dan harga diri. Meskipun bicara dan perjanjian itu hanya pada kotak sms tapi ia tetap juga mengambarkan yang adik awak dah tak suka saya.
Saya tak sangka perkongsian kisah kita dan saat yang menyedihkan jiwa itu akhirnya memberikan kata putus dari adik awak. Memang saya kecik hati dengan awak tapi bicara adik lebih menguriskan jiwa saya.
Siapa mampu berdiri gagah pabila diminta agar tak mengganggu awak lagi kerana awak sudah sepatutnya pikir hal berumah tangga,dan saya masih seorang student. Sempai bila awak mesti tunggu saya. Jangan ganggu abang saya dan jangan sms sy lagi...
Masih ingat yang saya katakan pada awak dulu. Saya bukan hanya ingin menjadi bahagian dalam kehidupan awak tapi juga keluarga awak. Saya tak ingin miliki awak tapi saya turut sama miliki kebencian ahli keluarga awak. Mungkin silap saya kerana terlalu mudah menyangka yang saya mampu menjadi teman baik adik awak juga, berkongsi masalah dikala bersama awak. Mungkin juga saya tak la sehebat wanita lain yang jauh lebih cantik dan hebat berbanding saya.
Walau apa pun saya hanya mampu katakan jauh di sudut hati saya masih sayangkan awak dan masih mengharapkan awaklah imam dan bahagian hidup saya yang sah meskipun semua itu mustahil pada peluang ketiga.
Saya tahu peluang itu mustahil sebab seperti yang saya katakan, peluang itu adalah anugerah dari allah, paling istimewa dan mustahil dimiliki kecuali pada takdir yang telah menentukan segalanya.
No comments:
Post a Comment