Kisah Cinta

Aku hanyalah aku. Aku bukan ingin mewarwakan kisahku pada khalayak tapi tujuanku pada catatan ini cuma satu. Andai suatu ketika nanti jiwaku dan ingatanku mati pada diri ini, aku tidak mahu anugerah terindah ini terus lenyap dari jiwa ingatanku. Aku mahu ianya kekal selamanya. Perasaan ini terlalu indah buatku, demi allah bicaraku hanyalah luahan dari sebahagian diriku. Andai bicaraku membuat sebahagian merasa bosan dan rimas, ku mohon maaf.

Thursday, 3 October 2013

Maafkan Aku

Hati bukan untuk dicuri tapi untuk di cintai dan mencintai. Yea aku masih terlalu mencintai. Maafkan daku wahai kekasih meskipun semuanya telah berakhir namun aku tetap saja tidak bisa menjauh darimu. Meskipun aku telah pergi dari hidupmu seperti yang diminta tapi setiap hari aku akan melihat kamu dari jauh tapi usahlah dikau khuatir aku tidak akan mengganggu hidupmu. 

Aku tidak menyalahkan adikmu kerana meminta aku untuk tidak mengganggu kamu lagi tapi bicaranya cukup menyedarkan aku bahawa aku tak layak untuk kamu. Bicara kamu untuk mengundur diri itu hanyalah satu cara yang paling murni buat kamu tapi bagi aku ianya bagaikan racun yang memusnahkan setiap urat sarafku.

Maafkanlah aku kerana terlanjur cintakan kamu, Faizal Rasid

No comments:

Post a Comment