Kisah Cinta

Aku hanyalah aku. Aku bukan ingin mewarwakan kisahku pada khalayak tapi tujuanku pada catatan ini cuma satu. Andai suatu ketika nanti jiwaku dan ingatanku mati pada diri ini, aku tidak mahu anugerah terindah ini terus lenyap dari jiwa ingatanku. Aku mahu ianya kekal selamanya. Perasaan ini terlalu indah buatku, demi allah bicaraku hanyalah luahan dari sebahagian diriku. Andai bicaraku membuat sebahagian merasa bosan dan rimas, ku mohon maaf.

Sunday, 13 October 2013

Bantulah daku tuhanku

Allah huakbar.... kenapa sukar benar untukku melupakannya. Masih terlalu sukar untukku bangkit. Bekali-kali aku cuba tapi tetap saja gagal. Disaat aku mulai redha akan keadaan ini tiba-tiba saja ingatan terhadapmu kembali. Kadangkala aku benar-benar berharap apabila ku bangun dari tidur ingatan padamu telah lupus. Sakit cinta itu memang menyesakkan dada yea.

untuk apalah khabarmu ku terima, ya allah bantulah hamba menjauh dariny agar dia bahagia. Tak sanggup aku mendengar khbar andai dia menikahi wanita lain.


No comments:

Post a Comment