Kadangkala aku tertanya-tanya mengapa sukar sekali di buang rasa yang satu ini. Aku tak mampu meneruskan lembaran diari hitam ku di sini. Aku telah pun mematahkan sim telifon aku namun kesilapan yang aku lakukan adalah semalam aku telah menghantar sms.
'Assalamualaikum, sy tak benci awk dn sy mintak maaf ats segalanya. Sy cuma mintak stu hal, tolng awk jgn prnh bnci sy. Tu jea, maaf sy tlh langgar jnjinutk tk gnggu awk. Sy xbleh gnggu awk lg. Assalamualaikum.'
aku buat lagi!!! oh tuhankku.. maafkan hamba.
Apa aku perlu lakukan, makin di lupa makin teringat. Kadangkala aku seperti manusia tanpa roh. Meskipun jasad masih terpaku di bumi tapi diri berada jauh di awangan. Ya ilahi, bangkitkan aku dari mimpi yang suram ini kembalikan semangatku yang hilang. Jika dia milikku satukanlah kami dalam ijad dan kabul satu ketika nanti.
Ya ilahi, apakah hamba ini terlalu fanatik dengan cintanya? jika demikian, aku juga takut pada diri aku sendiri. Tak sanggup aku menjadi manusia yang terlalu mencinta padahal insan itu yang menginginkan pengunduran dirinya kerana khuatir kerananya aku bakal gagal dalam pelajaranku.
Apakah kamu telihat takdirku yang aku akan gagal, dan kegagalan aku kerana cintamu .. kerana kamu sayang. Begitukah?
Apakah kamu telihat takdirku yang aku akan gagal, dan kegagalan aku kerana cintamu .. kerana kamu sayang. Begitukah?
Apakah itu alasanmu sayang?
kenapa menjadikan ilmu itu sebagai alasan terakhir untuk kau pergi dariku? lupakah kau yang dirimu adalah semangat keduaku. Memang aku bisa hidup dengan semangat yang pertama tapi aku juga perlukan semangat kedua. Lupakah kamu sayang!
Aku masih menyimpan sms kita, aku tak mampu memadamkan no telifonmu dari senarai contact apatah lagi dari kotak ingatanku. Masih segar.. angka-angka yang menghubungkan aku dan dirimu suatu ketika dulu sayang.
Sesungguhnya aku hanya berbohong pabila jariku pantas menghantar bicara terakhir yang aku benci kamu pada hatiku mengatakan sebaliknya. Bahkan aku tidak pernah menyesal menerima dirimu kembali meskipun hanya dari peluang kedua itu.
Hakikat yang pasti aku masih berharap aku menjadi makmum kepada kamu. Tapi mengapalah kamu menjadikan masa itu sebagai alasan mengubah segalanya jika kamu mengatakan kamu juga ikhlas menyayangiku. Siapa yang mempu menganti tempatmu sayang sedangkan hati hanya menginginkan kamu menjadi suami ku satu hari nanti.
Aku hanya menginginkan keikhlasan dan penantian. Memang benar penantian itu suatu siksa tapi hakikatnya ia mengajar erti setia.
Ya allah, jika aku adalah bahagian tulang rusuknya yang hilang kembalikanlah aku padanya sebagai insan yang sah menjadi miliknya. Warkah cinta dari diari hitamku tak mampu ku bicaraka saat ini kerna aku tak mampu membaca dan menaipnya kembali di helaian catatanku ini.
Ya allah, hanya kepadamu aku memohon hanya kepadamu aku merintih ya kekasih.
Allah huakbar!!! yang maha pengasih lagi maha penyayang sesungguhnya aku mendoakan agar dia lah bayangan temanku hingga berakhirnya sisa hidup ini.
No comments:
Post a Comment