Assalamualaikum, salam rinduku pada cinta. Apa khabar di kau di sana. Baik-baik saja kah? Cinta! cinta itu suatu bonus buat seorang makhluk ciptaan allah s.w.t, sesungguhnya pemberian itu suatu yang sangat manis. Aku bicarakan pada tarikh 17/4/2012. Seperti pada kebiasaannya tarikh ini akan menjadi suatu penantian yang ingin sekali aku lalui pada tahun-tahun berikutnya, pada tarikh yang sama ini juga adalah hari kelahiranku. Ya, hari ulang tahun kelahiranku.
Pada saat ini dalam hati yang paling dalam, aku masih terlalu menyayangi. Aku tahu aku bukanlah sempurna, aku juga takkan terlepas dari kesilapan. Pada tarikh ini, menandakan aku telah menginjak ke usia 18 tahun. Yea!! aku dah pun tamat SPM, namun aku ingin sambung pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Oh tuhanku, cuma satu ayng mampu ku katakan padamu ya allah ya tuhanku. Inilah hadiah hari lahirku yang paling indah, kerana pada tarikh ini juga aku berjumpa dengannya kembali.
Aku membuka laman sosialku setelah sekian lama aku berdiam diri tanpa menghubunginya. Aku terlalu rindu tapi dia meninggalkan aku tanpa khabar dan menjelaskan kesalahanku. Namun aku tahu, dia pergi kerana dia masih tak mampu percaya pada cinta dua dunia ini. Masakan dia akan meneruskan hubungan tanpa dia melihat aku pada mata kepalanya sendiri. Aku juga punya perasaan itu namun entah mengapa aku telah jatuh cinta. Kerana cinta ini juga aku melakarkan namamu dan kisah kita di sini sayang.
Aku membuka laman sosial FB , terlalu banyak berita yang aku telah ketinggalan. Dia juga begitu hensem pada mataku, yea. Aku mula mengemaskini maklumat dan melihat pesanan-pesanan yang di tinggalkan pada kotak pesanan FB. Tahukah kalian apa yang membuatkan airmataku mengalir dan dadaku menjadi sebak kala itu, dia mengirimkan aku pesanan.
Katanya" Ma, maafkan pa kerana melukakan hati ma. Pa fikir setelah pa meninggalkan ma, pa dapat lupakan ma dan menjauh dari ma. Tapi pa tak dapat lupakan ma, pa tahu pa banyak salah dengan ma. Maafkan pa!"
Demi allah, aku juga terlalu cinta dan sayang dengan kamu. Mampukah aku hidup tanpa kamu sayang. Meskipun bibirku melontarkan kata benci dan jiwa ku berkecil hati namun jauh di dalam hatiku. Aku terlalu rindukan kamu dan masih mengharap agar aku adalah suri hidupmu satu saat nanti.
Aku menutup laman sosial ku, dan pada keesokkan malamnya aku membuat keputusan menghubunginya.
Apakah perlu aku yang memulakannya dulu, tak malukah aku.
Aku menyayangimu kerana kamu cinta pertamaku.
Panggialanku di angkat, dan buat pertama kalinya setelah sekian lama kita tidak berbicara akhirnya pada 18/4/2013 kita kembali menjadi pasangan kekasih yang bahagia. Aku terharu dengan bicarany, sungguh ikhlas suaranya dan katanya setelah aku tiada dalam hidupnya, terlalu banyak masalah yang menimpa dan dia dinaikkan pangkat namun masalah tetap juga mengekori. Aku maafkan kamu sayang, aku maafkan dan sehingga kini aku tetap maafkan kamu.
Namun sempatku mengatakan padanya, hargailah aku sayang! terimalah aku seadaanya sepertimana aku menerimamu seadanya. Bangkitlah dari kejatuhan bersama-sama. Jangan pernah tinggalkan aku, kerana sesungguhnya andai suatu hari dikau mengulangi kesilapan ini dan mensia-siakan peluang kedua ini maka tiadalah lagi peluang ke 3, kerana peluang ke 3 adalah anugerah dari allah dan terlalu mustahil untuk dirimu miliki.
Kami melalui hari-hari indah bersamanya sehinggalah ke saat ini. Dan hubungan ini berterusan sampai tahun baru mulai bergerak kepada 2013. Tahun baru ini juga memulakan sebuah cerita cinta yang baru dan pada catatan diari hitamku.
No comments:
Post a Comment