Kisah Cinta

Aku hanyalah aku. Aku bukan ingin mewarwakan kisahku pada khalayak tapi tujuanku pada catatan ini cuma satu. Andai suatu ketika nanti jiwaku dan ingatanku mati pada diri ini, aku tidak mahu anugerah terindah ini terus lenyap dari jiwa ingatanku. Aku mahu ianya kekal selamanya. Perasaan ini terlalu indah buatku, demi allah bicaraku hanyalah luahan dari sebahagian diriku. Andai bicaraku membuat sebahagian merasa bosan dan rimas, ku mohon maaf.

Monday, 16 September 2013

Salahkah aku jika hanya menganggapmu teman tapi mesra

Salam bicara ku sambungkan. Kadangkala aku merasakan ingatan ini sengaja meminta ku melupakannya. Sukar untuk aku berganjak, meskipun kata-kata insan yang ku sayang dan ku rindui masih kukuh berada di ingatan, seperti yang aku bicarakan pada permulaan kisah ini bukan tujuanku mempromosikan cintaku cuma inginku tempekkan kisah ini di laman blogku sendiri agar seandainya suatu hari cebisan memori ini telah kehilangan, aku akan mampu membaca dan mengingatinya semula.

Yea! aku takut, aku terlalu takut aku akan kehilangan memoriku. Kerana di sinilah aku mengenal kasih cinta dan rindu pada seorang yang bernama lelaki. 

Bicara sebelum ini pada watak anuar, yea anuar teman baik ku dan pernah juga mahu mengisi kekosongan di saat insan yang ku sayang terlalu leka dengan dunia kerjayanya. Dia hanya hadir sebagai teman namun keinginan jauhnya yang mendambakan aku menjadi suri hidupnya. Anuar berstatus bos tempat kerja ku dan kini dia ingin menukar status itu kepada teman istimewa. Ahh! hampir terpesona juga dengan apa yang di punya namun alhamdullilah masih ku kenal siapa diriku dan cinta pertama ku.

Cuma satu yang mengekalkan jarakku antara bos aku anuar ialah dia bagaikan enggan dan aku hanya pipit yang datang menyinggah. Aku juga pernah mendengar bicara kakak angkatnya kak Sal, katanya " jika tak dapat burung merpati dapat burung punai pun tak apa." Ahh! begitu pula perbandingannya diriku dan seorang lagi insan yang turut menjadi kan anuar tertarik. Apa yang ku tahu, insan itu sudah punya kekasih hati dan bicara lembut dan memikatnya sebelum ini hanyalah sebagai teman biasa pada anuar, dan bicara yang tak sengaja ku dengar dari sumber yang boleh di percaya kerana anuar seorang yang pemurah dan tidak kedekut orangnya menjadi satu sebab mengapa insan yang cantik itu berlaku baik padanya.

Ya... aku akui anuar seorang lelaki yang poketnya tidak pernah kering, seperti yang aku ceritakan pada awalnya anuar itu dari keluarga yang senang. Dia sendiri punya perniagaan catering dan di usahakan bersama abg asmawi nya yang sanggup menukar kerja dari pegawai telikomunikasi kepada bisnesman. Memang berbaloi pun dia menukar kerjaya, yea la sebulan paling sedikit pendapatan mereka 30 ribu.

Sesungguhnya anuar datang di saat gelombang membadai, aku tak salahkan dia. Dia hanya lah insan yang kebetulan berada dalam kisahku, di saat masa semakin suntuk kerana awal bulan empat tahun 2012 aku akan pulang ke kampung bagi meneruskan pengajianku. Ya, aku mendapat tawaran ke UITM namun aku sendiri tak tahu mengapa aku menolaknya. Hubungan aku dan Faizal pula terumbang-ambing bagai kapal yang berada dalam ribut yang ganas di tengah lautan. Namun indahnya cinta antara kami tidak pernah sekali pun bicara kasar meniti pada bibir kami, pertelagahan dan rajuksering pada bicara kata yang paling halus. Kerana itu hingga saat ini aku masih tahu dia terlalu sayangkan aku cuma dia khuatir dia tak mampu membahagiakan aku seandainya aku gagal melunaskan janji yang ku ikat pada kedua orang tua ku.

Aku tak tahu mengapa ku terima anuar tapi yang pasti dia mengisi kekosongan yang sedang melanda. Namun aku tahu hatiku keliru antara teman biasa dan kekasih jiwa. Aku pulang ke negeriku, ya... tak lama lagi aku akan memulakan pengajianku dan kembali menjadi pelajar sekolah. Mungkin ini adalah rezekiku sebagai pelajar STPM. Akumulai berfikir semak-masaknya, ya aku telah membuat satu kesilapan dengan menerima anuar dalam hidup aku. Ya tuhan.. hingga saat ini ku masih merasa salah, ampunilah daku kerana menerima insan yang baik ini. Tak sepatutnya aku menerima anuar.

Kini seminggu sudah aku di kampung, aku masih belum bertindak seperti yang aku fikirkan. Ya, aku akhirnya bertindak setelah bekali-kali ku timbangkan perasaanku dan mungkin sedikit perasaannya. Aku tahu aku tidak menyintainya seperti aku cintakan Faizal. Buktinya dari 20/10/2011 hingga 1/4/2012 hatiku masih merasai cinta Faizal. Ya aku terlalu kasihkan dia, dan ku pasti Anuar hanya insan yang tak sengaja terlibat dalam pementasan cerita cinta antara aku dan faizal.

Maafkan saya awak kerana melukakan hati awak.

Aku menghantar pesanan ringkas sms pada anuar, kata ku pada kotak sms "seandainya saya bukanlah insan yang mampu membahagiakan awak , saya tak kisah jika awak memutuskan untuk mencari penganti saya dan carilah orang lain yang lebih sempurna".

Aku masih ingat dengan jelas, bicaranya seperti terlalu marah. Ya! marah. Anuar mengirimkan sms untuk terakhir kalinya " gila kea!! awak ingat saya apa? dah la saya mengantuk nanti esok kita sambung."

Itu sms akhir dari dia, aku tak marah cuma sedikit terguris dengan bicara dia. Kasar sungguh bunyinya. Aku tahu aku salah jadi aku menekan no nya malam tu juga, bekali-kali aku mendail tapi tiada balasan. Dia terus membisukan diri, keesokkan harinya aku buat perkara yang sama. Aku dail no dia, maaf saya tak sengaja berbicara demikian cuma itulah luahan hati saya. Terlalu banyak kekurangan saya, kita tak ubah seperti enggan dan pipit. Botol kicap dan botol cuka.

Aku tahu ini mungkin yang terbaik antara kita, membuat hal masing-masing. Selang beberapa minggu aku tak lagi mendail no nya atau mengganggu dengan sms. Aku juga sudah mulai sibuk dengan sesi pembelajaran namun tak lama lagi 17/4/2012. Itu tarikh lahir ku.

............................................................................................................
Bersambung.....

Tajuk entry seterusnya 17/4/2012 itu tarikh Cinta.


No comments:

Post a Comment