Kisah Cinta

Aku hanyalah aku. Aku bukan ingin mewarwakan kisahku pada khalayak tapi tujuanku pada catatan ini cuma satu. Andai suatu ketika nanti jiwaku dan ingatanku mati pada diri ini, aku tidak mahu anugerah terindah ini terus lenyap dari jiwa ingatanku. Aku mahu ianya kekal selamanya. Perasaan ini terlalu indah buatku, demi allah bicaraku hanyalah luahan dari sebahagian diriku. Andai bicaraku membuat sebahagian merasa bosan dan rimas, ku mohon maaf.

Wednesday, 11 September 2013

20/10/2011 Itu Detik Pertemuan dan 08/09/2013 Itu Tarikh Nortah Kita


Warkah ini ku coretkan setelah sekian lama hati ini memendam rasa dan kerana demikian itu juga aku coretkan disini. Bukan aku ingin ingin mempromosikan kisah cintaku tapi inilah catatan dan jalan ceritanya dan ingin sekali aku abadikan kisahku di sini meskipun aku bukanlah artis tapi hanyalah perkongsian cintaku dan dirinya.

Sungguh menyedihkan bila segala angan-angan menjadi debu-debu suci yang memberatkan perjalanan aku. Sungguh hati ini terasa sakit. Sakitnya tidak pernah aku rasakan sebelum ini. Oh! sesungguhnya sakit itu kian melukakan setiap urat nadiku.

Biarlah segalanya ku mulakan di sini. Ya! Disini. Namaku Iman. Yea, nama timbangan yang di gunakan dalam keluaragaku. Aku adalah anak yang ke lima dari enam. Aku masih belajar dan ya aku masih hingga kini, kerna aku telah nekad serta merasakan pembelajaran itu penting bagi seorang insan sehinggalah kematian itu menjadi noktah kehidupannya. Aku tidak tahu adakah perlu aku mengatakan semua ini atau perlukah aku menceritakan kisahku yang tidak sehangat kisah artis Malaysia. 

Saat tangan ini pantas menekan satu demi satu perkataan di papan kekunci, wajah ini juga sesungguhnya tidak mampu menyembunyikan rahsia hati di sebalik petah-petah bicara yang aku tajamkan di lembaran ini. Oh tuhan ku! kadangkala aku cukup malu. Malu kerana aku tak mampu menjadi yang terbaik untuknya. Demi namamu ya tuhanku, aku sangat berterima kasih di atas anugerah cinta suci ini ya tuhanku.

Perkenalan kami bermula di laman sosial Facebook. Aku membukanya dengan tujuan untuk mencari teman-teman alam maya yang mampu menjadi kawan yang bisa ku berkongsi cerita dan ilmu jua. Namun tahun ini juga aku akan menduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia (SPM). Aku tidak kisah, masih ku tahu menguruskan jadual belajarku. Ya! Aku masih tahu mengurusnya. Tidak kusanggka bermulanya di laman ini juga ku temui dirinya, aku melibatkan diriku dalam sebuah kelab. Ya masih ku ingan nama kelab itu, kedai jom gelak. Aku memang agak tansion dengan belajar. Maklum saja exam dah tak lama namun aku hanya mencari artenatif untuk menghilangkan stress belajar.

Aku berkenalan dengannya pada 14/10/2011. Aku ingat tarikhnya kerana dari tarikh ini juga diariku berubah watak. Tarikh ini tercatat pada diariku, hehehe. Kelakar bukan cinta dalam sekelip mata. Kami kenal pada tarikh ini dan 20/10/2013 kami menjadi pasangan kekasih. Ku singkatkan ceritanya.

Aku masuk ke laman KEDAI JOM GELAK buat sekian kalinya. Yepp, aku tak tahu kenapa tapi aku gembira di sini kerana aku dapat ramai kawan.  KEDAI JOM GELAK pada laman Facebook ini adalah laman yang pertama aku join. Aku melibatkan diri dalam perbualan dan dalam aku sibuk membalas komen-komen di dalam laman itu , tiba-tiba mataku terpandang pada seseorang. Ya! jatuh hati. Sesungguhnya cinta pandang pertama. Namun aku diamkan, tapi aku sendiri juga tak sedar tanpa aku sedari tanganku telah menekan butang menambah rakan. Tidak lama kemudian permintaan menjadi rakanku diterima, aku terasa senang dengan penerimaan itu, ye aku cukup gembira.

Aku memulakan bicara, hanya ingin mengucapkan terima kasih. Salam ku di sambut, dan bicaranya mula panjang lebar dan bersemangat. Rupanya bukan aku saja yang ingin memulakan perkenalan dengannya tapi dia juga sama. Cuma tindakan aku yang agak cepat berbandingnya. Kami mula berkawan pada saat itu. Makin hari makin erat dan setiap hari apabila malam menghampiri dan jam mula merapat ke pukul 10 aku akan mula mengaktifkan laman sosialku. Aku akan ke laman JOM GELAK, dan rupanya bukan hanya aku di situ tapi juga dirinya. Kami mula bersembang di perbualan (chat). Kami berkenalan antara satu sama lain. Yepp, mengiburkan dan banyak yang kami kongsikan. Malam ini  sudah genap 20/10/2011, sudah seminggu kami kenal dan malam ini bicaranya agak romantis. Dia mengatakan yang dia ingin menjadikan aku sebagai teman istimewanya. Aku gembira namun dalam masa yang sama aku takut. Takut, kerana aku masih belum pernah bercinta. 

Aku bertanya tentang kerjanya, dia mengatakan yang dia hanya bekerja sebagai tukang sapu ( cleaner) di satu hotel yang agak terkenal di Cameron Highland, hanya sebagai cleaner. Sudikah aku menerimanya? mengapa tidak, itu adalah kerja halal namun aku juga tahu itu bukanlah pekerjaannya yang sebenar. Dia hanya melakukan satu pembohonga kecil, itu semua kerana tidak mahu aku berkenalan dengannya kerana pangkat dan apa yang dia ada. Dia mahukan aku ikhlas berteman dengannya. Kalau dia mampu membaca hatiku dan melihat ke dalam jiwaku, seribu kali ikhlas yang di tonjolkan. Aku senang berteman dengannya. 

Sebelum aku menerimanya, aku selongkar butiran peribadinya di wall miliknya. Aku tidak terperanjat, seperti yang dia nyatakan dia adalah Manager di tempat kerjanya. Ahh... itu semua kejayaannya tidak sekali aku ingin menumpang kesenangannya demi kepentingan sendiri. Tidak akan sama sekali. Aku sengaja berkenalan dengan beberapa teman-temanya, ya aku masih ingat seorang temannya yang aku berbual (chat), dia sampai marah dengan aku bila aku banyak tanya. Kenangan yang sunguh lucu.

Aku pura-pura merajuk, ingin sekali aku lihat apa tindakannya. Dia akhirnya mengaku dan bercerita tentang yang sebenarnya... tentang pekerjaannya, tentang dirinya yang tak mampu menipu aku. Katanya tidak pernah dia berjumpa wanita yang mampu berteman dengan seorang cleaner bila dia memperkenalkan dirinya sebagai cleaner pada awal perkenalan kami.

Akhirnya bertarikh 20/10/2011 dan di malam hari itu juga kami menjadi pasangan kekasih. Dia menyuntingku sebagai teman istimewanya. Gembira? entah... mungkin ye tapi adalah betul tindakan aku, kerana aku tahu risikonya bila dua pasangan berada pada dua dunia yang berbeza. Dia seorang pekerja dan aku pelajar.

BERSAMBUNG...............

No comments:

Post a Comment