Bicara kisahku di sambung semula. Yea... agak memeningkan kepala bila terpaksa mengimbas kembali dan membuka kembali helaian kertas dari diari unsang itu dan kini perlu ku sajikan di kotak laman ku ini. Aku masih merasakan semuanya seakan mimpi, mengerti yang kini aku dan dia tidak lagi sebagai pasangan kekasih. Ku sambungkan kisah bermula 20/10/2011.
Hubungan kami mulai erat, kami tidak lagi berhubung melalui laman sosial FB tapi aku terpesona dengan penampilannya. Aku merasakan satu pertanyaan dalam jiwa adalah aku menyukainya kerana pekerjaannya atau kerana sebelum ini aku tidak pernah jatuh cinta. Jawapan yang pastinya aku jatuh cinta kerana pada pandang pertama, aku cinta kerana aku menghargai anugerah allah. Aku cinta kerana aku tahu dia insan yang baik dan mampu menjadi pemimpinku nanti.
Aku sibuk dengan pembelajaranku, dia pula sama sibuk dengan pekerjaannya. Kertas kerja yang masih tak bertaip, kehidupannya juga satu keadaan yang perlu di uruskannya, yang pasti aku di sini telah mulai dilamun cinta dan rindu kian bertambah. Aku semakin bersemangat untuk belajar, exam SPM semakin hampir dan kini hubungan kami dah hampir tiga bulan lamanya. Begitu cepat masa berlalu tanpa sedar masa juga mulai merantai kami. Dan akhirnya exam SPM berjaya ku duduki.
Cuti sekolah telah mulai memulakan tugasnya untuk sekian kali, aku juga sudah bersedia untuk mencari pekerjaan sementara aku menunggu result keluar nanti. Kali aku akan ke Kuala Lumpur, namun kedatangan aku disana bukanlah suatu yang terlalu menghairahkan aku kerana hubungan kami juga kian rapuh. Dia sudah tidak lagi menghantar sms mahupun talifon. Ya! mungkin aku kurang faham akan status pekerjaannya tapi yang aku pasti dalam sebulan hanya dua hingga tiga kali saja dia akan menelefon manakala sms yang paling bnayak dalam sebulan pun hanyalah tiga hingga empat keping saja.
Aku faham, mungkin dia kurang percaya dengan perasaan ini. Ye la kan, cinta muka buku. Aku tahu bukan senang untuk dia menerima aku sedangkan kami tidak pernah bertemu. Aku dan dia kini telah pun menjadi pasangan kekasih hampir enam bulan lamanya. Dan kini juga bermakna tahun pun telah berganjak menjadi tahun baru buat kami iaitu 2012. Aku tahu, aku perlu lakukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan yang kusut ini. Aku menghubunginya, dan untuk itu aku menjelaskan perasaanku padanya, isi hatiku tentang sikapnya tapi tidak sepenuhnya kerana aku tahu dia tidak sengaja untuk buat-buat sibuk.
Aku pula telah hampir empat bulan bekerja sebagai seorang pekerja catering di Seri Kembangan, Puchong. Ianya masih baru, yea baru dalam dunia catering baru empat tahun kalau aku tidak silap. Apa yang tidak aku sangkakan disini juga perkenalan aku dan Anuar turut terbina. Namun, kasih sayang yang telah berputik sebelum Anuar hadir pastinya bukan milik dia tapi milik kekasihku Faizal Rasid. Anuar hanyalah teman tapi mesra, bicaranya... lawaknya dan senyumannya memang mengembirakan suasana tapi aku hati ini masih tidak berganjak untuk memilih dia. Entah, aku juga hairan padahal Anuar bukanlah seorang yang tidak punya apa-apa. Dia miliki apa yang aku tidak ada, kesenangannya bermula dari ibu dan ayahnya terus mengalir ke dalam kehidupan anak-anaknya. Azura adalah kakak sulongnya, sudah punya suami dan seorang anak perempuan, abangnya Asmawi adalah abangnya selepas Azura dan bererti yang no dua,apa yang aku tahu abg asmawi sudah punya isteri tapi masih belum punya anak. Ketiga adalah kakaknya, lupa pulak namanya tapi yang pasti hampir bertunang dan sekarang tinggal Anuar anak bongsu dalam keluarga yang masih belum berpunya.
Aku hanya insan biasa sungguh aku mengenal diriku siapa.
BERSAMBUNG....
BERSAMBUNG....
No comments:
Post a Comment