Kisah Cinta

Aku hanyalah aku. Aku bukan ingin mewarwakan kisahku pada khalayak tapi tujuanku pada catatan ini cuma satu. Andai suatu ketika nanti jiwaku dan ingatanku mati pada diri ini, aku tidak mahu anugerah terindah ini terus lenyap dari jiwa ingatanku. Aku mahu ianya kekal selamanya. Perasaan ini terlalu indah buatku, demi allah bicaraku hanyalah luahan dari sebahagian diriku. Andai bicaraku membuat sebahagian merasa bosan dan rimas, ku mohon maaf.

Monday, 23 September 2013

Catatan Diari Hitamku

Assalamualaikum, semoga kisah ini akan terus mekar dalam hatimu sayang! aku juga tidak tahu mengapa jiwaku merelakan pemergianmu. Keinginan yang membuak-buak dalam tangkai hatimu, lalu dikau bicarakan dan lontarkan ke inginanmu hinggakan aku tak mampu berkata-kata. Hidupku mrnjadi gelap, musnah sudah angan-anganku namun mengapa namamu dan wajahmu masih meniti di bibir dan mindaku. Apakah dikau juga sama sepertimana aku sayang! oh tuhanku, ampunkan hamba kerana terlanjur mencintainya.

Catatan (2/3/2013) -11:49 AM

Pagi yang cerah dengan bunyian merdu dari suara sang burung. Aku gembira hari ini, ya! aku gembira.
Tangan ini pantas butang yang pastinya menghubungkan aku dengan insan itu. Sungguh aku rindu.

Suara yang aku nantikan akhirnya bersuara di corong telifon itu. Terima kasih kerana menyahut panggilan ku. Apa khabarnya kekasihku di sana.

Dari bicara, aku dimaklumkan yang dia kurang sihat. Risau hati ini sudah semestinya. Kalau bisa aku terbang kesana sudah pasti kamarnya aku singgah untuk mengertahui apakah dia baik-baik saja.

Ah!! Suara hati bisa saja berkata tapi hakikatnya aku jauh di sini.

:) / aku senyum untuk sekian kalinya kerana aku tahu dia seorang insan yang cekal. Dia hero bagiku. Pasti dia baik-baik saja.

Tenang saja wahai hati,dia akan sihat dan gembira seperti biasa kerana semangatmu dan cintamu menjaga dirinya.

Sayang! kalau saja kamu tahu yang sebenarnya hati ini ingin selalu dekat bersamamu, menjaga siangmu dan menjaga malammu agar mimpi buruk tidak akan berani menjengah mengganggu lenamu.

Pesanan kiriman ringkas sekali lagi dikirimnya. Katanya" hantarkan saja alamat, dengan tujuan ingin dirinya menghantar pesanan yang aku inginkan".

Ya! kulit siput permintaanku.

Ianya akan menjadi koleksi peribadiku, mungkin untuk sekian kalinya akan ku terima sesuatu yang pastikan memberi makna buat diri ini.

Thank sayang. I will loving your present until the end. I promise.

Hari yang menadatang pasti ku hintung kerana kirimanmu buatku akan menjadi milikku yang sah.

Ahh!! Sungguh tak sabar rasanya, mungkin bagi sesetengah insan lain ianya tiada apa-apa namun kirimannya sungguh bermakna kerana ianya kiriman dari cinta sang putera.


..........................................
Yang ikhlas, Cinta.


No comments:

Post a Comment